morning...
hari ni bawak jenjalan budak pratikal under department aku sebab esok die dah last day...bawak die pegi jalan2 kat Pasaraya Warisan (yang aku baru 1st time masuk)..mule2 budak tu request nak pergi kedai tu, agak blur sikit otak ni...tak boleh nak digest lokasi kedai tu...hahaha memang patot pon aku tak tau lokasi kedai tu sebab memang kedai yang aku jarang masuk...kedai yang jual barang2 cenderamata/hati + barang2 kawin mane aku masuk...omak den suko la...sambil2 tunggu syima (tarinee) tu beli present aku jenjalan pusing2 kedai tu...not bad la, ade yang cantik2 dan harganye affordable tapi kebyakkan barangnye made in China la...aku sempat rembat 3 bentuk cincin yang colorful harga die Rm 1.80 ye...2 kali aku tanye akak casher tu time nak bayo...cam tak caya je harga die...
ade 3 color...hehehe
dah habis beli barang kat Pasaraya Warisan, kite orang bergerak ke Billion baru, malas nak ke shopping complex lain, sebab karang jauh pulak nak patah balik hantar budak ni...hehehe...rupe2 nye syima nak masak spaghetti dengan puding untuk kite orang, baik2 trainee sekarang ni, time aku praktikal dulu bos aku yang belanja makan, tapi sekarang trainee yang belanja boss...hehehe
actually dah lama aku nak buat peach cobbler ni, tapi tak berkesempatan, tadi dah alang2 teman syima beli barang aku pon sempat merembat 1 tin buah peach dengan aluminum foil...
Bahan-bahan untuk menyediakan Peach Cobbler
1 tin buah peach (i'm using Hosen)
1/4 cawan butter (i'm using buttercup)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula (i'm using 1/3 of cup)
1 cawan susu (i'm using full cream milk)
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon powder)
pinch of salt
Cara-cara
1. Cairkan butter dalam loyang yang nak digunakan dalam oven
2. Adun semua bahan, tepung + gula + soda bikarbonat + cinnamon powder + susu dan kacau hingga sebati
3. Tuangkan adunan tepung dalam loyang yang ada butter yang telah cair tadi
4. Susun buah peach atas adunan
5. Siram jus peach(simpan sedikit jus untuk disiram lepas bakar nanti) dan tabur sedikit cinnamon powder
6. Bakar 180'c dalam 40-45 minit (sehingg perang)
7. Setelah siap, keluarkan dari oven, dan biarkan sejuk lepas tu siram dgn lebihan air jus peach tadi
Selamat Mencuba!!!
tepung + gula + soda bikarbonat + cinnamon powder + susu
buah peach yang telah dipotong
buah peach yang telah disusun di atas adunan
Peach Cobbler..=)
taburkan sedikir cinnamon powder sebelum dihidangkan ye..
sedap dimakan begitu sahaja dan boleh jugak dimakan dengan Vanilla ice-cream...
emmm yummy2..
p/s : kalau nak simpan dalam peti sejuk, wrap kan dengan aluminum foil bagi menglakkan peti sejuk anda berbau Peach Cobbler ye...
habis....