Pages

Showing posts with label wajib baca~~. Show all posts
Showing posts with label wajib baca~~. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

~kata kan TIDAK kepada Valentine Day~

VALENTINE'S DAY a.k.a HARI KEKASIH....

haishh...apasal la orang ISLAM sekarang lebih mengagung-agungkan sambutan yang bertentangan dengan agama kita?nak kata diorang tak tau...it's IMPOSSIBLE, mustahil....setiap tahun sebelum sambutan VALENTINE'S DAY banyak isu ni dikeluarkan di dada akhbar...yang pelik bin ajaib nye, apsal korang2 yang mencelebrate hari NI x sedar2 jugak...kat sini aku nak share sedikit mengenai History of VALENTINE'S DAY  korang dok sambut tu.... sebelum tu cube bace ni dlu...

Hmm...time2 ni jugak la tokey2 kedai bunga idup kaya...mana tak nye boleh buat duit dlam masa 1 hari je...slalu nye 1 bouquet dlam Rm 30-Rm 50 dah bleh dapat, tapi dek penangan VALENTINE'S DAY, harga yang paling murah hampir mencecah Rm 100.oo...tuuu diaaa, mau x kaya tokey2 kedai bunga tu.....

Nak share pengalaman aku time VALENTINE'S DAY last year, time tu aku ngn budak2 klas pg Time Square, kat merata escalator tu ade je yang dok jual bunge, nak dijadikan cite, ade la sorang member aku ni teringin sangat nak bunga tu, pastu die mintak kat sorg member laki yg join kt org, sengal je...merengek bagai ape ntah aku ngn mek blah tros malas nak tggu...klau korg nak tau sekuntum bunga ROS MERAH tu harga die paling murah Rm 5.00...sekuntum je kot...dah la semata2 bunga, x de plastik2...time tu 5 hengget tu bnyk kot...student la kt kan..pastu aku x tau ape cite ngn diorg...hahahaha.........   

Menurut catatan sejarah, ada banyak cite mengenai asal usul VALENTINE'S DAY ni. Ada yang kt, seblum abad ke-17 M, masyarakat dekat ROM mencelebrate kan VALENTINE'S DAY pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan mereka. Ada pulak yang kt VALENTINE'S DAY ni, diraikan oleh penganut KRISTIAN yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dan anggap die ni seorang yang mulia sebab sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama KRISTIAN. Satu lagi cite pasal VALENTINE'S DAY ni, sedar atau tidak, salah satu kewujudan VALENTINE'S DAY ni adalah kerana kejatuhan kerajaan ISLAM di Sepanyol  pada tarikh tersebut. Yang menjadi tok dalang kepada kekalahan tu adalah seorang paderi KRISTIAN, Saint Valentine sebab tu 14 Februari 1492 dinamakan VALENTINE'S DAY....Actually, banyak versi cite pasal VALENTINE'S DAY...rajin2 la membace ye...x pon search je kt Mr. Google...

Yang aku nak highlight kan kat sini walaupun banyak versi @ cite, tapi korang sedar x semua cite2 tu mengenai agama KRISTIAN!!!....dah tau jangan la buat2 x tau la...jangan nak bagi alasan, nak celebrate saje2 je..kalau ye pon nak celebrate saje2, apsal pilih tarikh 14 Februari jugak...ni ade yang pilih tarikh nikah sama dgn tarikh tu...macam la dalam kalendar tu x de tarikh lain kot...Korang2 yang mencelebrate kan VALENTINE'S DAY aku just nak share asal usul VALENTINE'S DAY ni, supaya kita x jadi insan yang tuli, mencontohi dan mengikut sesuatu tanpa kita tahu tentang nye...so lepas ni klau korg still lagi nak celebrate terpulang la..bak kate My Cnior Deer...Tepuk Dada ,Tanya Iman (^_^)!

ALLAH SWT dah tegaskan "Dan jangan lah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya". (Surah Al-Isra:36)

hasil karya aku for this N3....



 ni plak button yang fames kt U aku dlu...selalunye yg pkai button ni kat beg student2 yang tudung nye laboh2...tu no komen la...

habishhh........

Wednesday, February 2, 2011

~ WAJIB baca ~

10 jenis mukmin paling kejam...

emm seram sejuk bila baca fakta nie...kat sini saya nak mintak maaf sgt2 klu ader salah@silap sepanjang kita bergelar sahabat...terutamanya ngn my parents ma ngn ayah n adik bradik...pastu member2 kat sek dr tadika, skolah rendah + menengah, sampai la yg kat U ni...
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.


kredir to member aku  RIZZ yg slalo send kat aku "ayat2" hikmah ni...smoge ia nya menjadi panduan kpde kt dlam kehidupan seharian... 

~ adakah anda salah seorang daripadanya??? ~

pagi nan hening lagi suny, dalam dok sibok mencari bahan tuk aku punya ASAIMEN, (asaimen la sangat dah abis study kot)  tetiba aku terbaca 1 artikel mengenai SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT...der seram tu...


5 Syarat Melakukan Maksiat...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya,sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.