Pages

Thursday, August 30, 2012

Raya @ Pasir Salak, Perak

25 Ogos 2012 bersamaan  7 Syawal 1433, aku dan classmate beraya di tempat Bersejarah...entry ni, kesinambungan entry lepas ...setelah selesai mengisi perut yang kosong, maka kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya ke Kompleks Bersejarah Pasir Salak...nak bagi tau ni, nasi kenduri die memang sedap ditambah pulak perut kite orang ni memang tengah lapo..hehehe...

sedikit info mengenai Pasir Salak..(dah tue2 baru nak pegi tempat bersejarah kan, time sekolah dulu bila cikgu buat rombongan tak nak join, ye la ape barang pegi tempat macam tu kan...bile kantoi sejarah, semua salahkan cikgu tak pandai mengajar, keji!)....

Kalau nak tau sejarah mengenai Pasir Salak lebih lanjut dan ape yang menyebabkan tempat ni Bersejarah rajin2 la bukak buku sejarah, tak rugi pon kalau bace dan kaji tentang sejarah negara kita ni..tapi kat sini aku cerita sikit pasal sejarah Pasir Salak..

"Pasir Salak merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak, Malaysia. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Di belakang Pasir Salak terletaknya jelapang padi Seberang Perak. Kini Pasir Salak berbangga dengan adanya Kompleks Sejarah Pasir Salak. Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah, kulitnya berwarna coklat, isi agak putih dan pokoknya seperti Pokok Nipah." information ni di petik dari sini..

Pasir Salak, 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus 'memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu menyebabkan nyawanya melayang. Nak tahu lebih lanjut bace kat sini ye.. 

Sistem Residen - Pada 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah sistem Residen, Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu. Nak tau lebih lanjut baca kat sini...

dah habis cerita mengenai Sejarah Pasir Salak, mari kite tengok puluhan gambar yang sempat disnapkan kat sane ek...tapi x semua yang boleh di upload, harap maklum....lets cekidaud!!!

Selamat datang ke Kompleks Pasir Salak!
Kaunter Tiket...
Harga Tiket : Rm 4.00 (dewasa)
Rm 2.00 (kanak2)
Pentas Belotah

Di atas Pentas Belotah..atas ni boleh dienjut2 macam spring ~Pentas Belotah digunakan untuk Tarian Belotah untuk proses pisahkan padi dari tangkai nye...

Menara Kawalan
Menara Padang~berbentu pavilion digunakan sebagai menara kawalan


 Jam Suria

depan pintu Masuk Terowong Sejarah Pasir Salak


The Time Tunnel of Pasir Salak




Gadis desa...desa ke??

Galeri Keris...

Toilet?? 

Toilet yang menyeramkan...ni kalau jadi ape2 jadi memang orang x perasan..menjerit pon belum tentu orang dengar...so pihak yang bertanggungjawab sila ambil perhatian ye...=)

 Tamat...

sebelum bertolak bailk aku membelanjakan air noyr@kelapa kat kawan2 aku... 

No comments: